Wednesday, December 15, 2010

entri terakhir


TAP TUP TAP TUP TAP
jari-jemari pantas bergerak di atas keyboard.
bukan ingin berkongsi cerita
tetapi sekadar menyampaikan hajat.
 
jyeah, ini entri terakhir dari aku. maaf.
aku ingin pergi jauh. cehh. haha
 
sebenarnya, aku malas sudah mengupdate di sini.
oleh itu , kata kata akhir dari aku
 tolong follow belog aku satu lagi yeah
 
http://messylily.blogspot.com/
(Dan Bila Aku Bergebang)
 
di situ aku akan meneruskan perjalanan
perjalanan sebagai seorang blogger.

Thursday, October 21, 2010

muak

darah. aku lihat hati aku berlumuran dengan darah.
cepat cepat aku ambil kain putih, cuba bagi bersih.
tetapi darah semakin banyak, deras bagaikan sungai.
darah tidak berhenti seolah-olah hati ditoreh tanpa henti.

aku menggeletar. ketakutan. 
aku gegas berlari mencari doktor. 
mudah nasihatnya. makan ubat biar cukup rehat.
aku pun pulang kasi licin ubat-ubatnya.

seperti yang dinasihatkan, aku pun rehat. 
melentang, pusing kiri pusing kanan. terkenang.

betapa kejamnya dia.
ucap cinta dan sayang bagaikan makan gula-gula getah.
ucap bila mahu, buang bila taknak.
selesai buang, diganti gula-gula getah baru. lebih manis.

betapa kejamnya dia,
fikiran negatif menembak otaknya.
tuduh suka hati, maki tinggi-tinggi.
bila tersalah tuduh, minta maaf, janji tak buat lagi.

aku teliti ragam manusia. dari hujung rambut hingga hujung kaki.
semua lebih kurang sama. yang membezakan hanya isi hati.

muak. aku muak dengan sikap manusia. 
muak dengan kata-kata dusta cinta lelaki. 
sejujurnya aku mula membenci.
pergi mati.





Wednesday, October 20, 2010

AL-FATIHAH


AL-FATIHAH
semoga rohnya dicucuri rahmat

Mohd Hafizuddin, berumur dalam lingkungan 6-9 tahun. sangat petah bercakap dan menghidap penyakit luekimia. masih aku ingat, ketika aku berumur 15 tahun, cuti sekolah, aku ke hospital Pulau Pinang bertujuan untuk membantu mmy  menjaga adik aku. ketika menjejakkan kaki ke bilik rawatan adik aku, aku terpandang arwah.

pada mulanya, aku cukup rimas dengan arwah, nakal sungguh. aktif. namun, setelah mengenalinya, aku sedar, insan yang menghidapi penyakit serius sepertinya tidak mampu bertahan dengan lama, nyawa mereka bagaikan telur di hujung tanduk. mereka sangat perlukan perhatian yang lebih. sejak aku mengenali arwah dan rakan-rakannya yang lain, aku lebih mengerti perasaan mereka. 

arwah datangnya dari keluarga yang kurang berkemampuan. ibu bapanya tidak mampu menjaganya kemudian arwah diserahkan kepada mak longnya. aku sedih. arwah yang sangat ceria tidak pernah dijaga ibu bapanya. arwah tidak dapat merasakan kasih sayang sebenar dari ibu bapa kandungnya. syukur ada mak long dan pak longnya.

dalam masa seminggu, aku mula rapat dengan arwah. arwah sentiasa bersama gelak tawanya. telatahnya sungguh menggelikan hati. walaupun masih kecil, arwah pandai mengambil hati orang disekelilingnya. aku ingat lagi, masa tu, ddy aku dtg ke hospital untuk jaga adik aku bersama-sama. arwah mula tak senang hati. kemudian pelbagai soalan diajukan kepada mmy aku berulang-ulang kali.

"Aunt Ros, sapa laki tu?"

mmy aku pun menjawab,

"ni pakwe kak mas la"

hafizuddin pantas menjawab,

"betui ka kak mas? hafizuddin cemburu ni"

si kecil itu percaya sebulat suara. masih kecil, namun sudah ada perasaan seperti orang dewasa. sungguh menyentuh hati. aku rindu kanak-kanak ini. namun dia telah pergi buat selamanya. aku ingat lagi kata-kata arwah sebelum arwah pulang ke rumahnya,

"kakak, nanti hampa jangan lupa hafizuddin naa, hafizuddin sayang kakak"

air mata aku mula mengalir. semoga rohnya berada dalam keadaan sejahtera. 


Monday, October 18, 2010

just a dream

If you ever loved somebody put your hands up.
If you ever loved somebody put your hands up.
And now they're gone and you wish you could give them everything.
I said, if you ever loved somebody put your hands up.
If you ever loved somebody put your hands up.
And now they're gone and you wish you could give them everything.


lagu Just A Dream, by Nelly sangat menyentuh hati aku. aku baru perasan. manusia kebanyakannya tidak pernah nak bersyukur dengan apa yang mereka ada. yang mereka tahu, bila ada barang berharga, mereka hargai dalam tempoh yang singkat dan kemudian ianya dibuang merata-rata. ya mereka mungkin mampu untuk memiliki barang yang lebih cantik dan berharga, namun, manusia tidaksepatutnya berbuat demikian. mereka cuma sedar yang mereka butuh barang berharga itu setelah mereka campak barang tersebut yang hampir sampai ke dasar laut.

buktinya, aku, aku pernah lalui semua tu, aku sungguh tak bersyukur. dulu, ada insan yang menyayangi aku, tapi aku sia-siakannya. bila insan tu pergi bersama si gadis lain, hati meronta memaki hamun dirinya, padahal, itu semua salah aku. kan? ye itu dulu, biarkan ia tersimpan dalam memori. aku mahu buang kad memori itu dan patahkan kad memori 525 gig itu. kemudian aku ingin masukkan kad memori baru dengan gig yang lebih besar. kali ini aku pasti, aku pasti akan menghargai insan yang sepatutnya aku hargai.

Sunday, October 17, 2010

kau ingat senang?


"Lily, I just nak mintak maaf dengan you, sorry la mengambil masa untuk memohon maaf."
ohh itu katanya. 

ye aku maafkan, maaf maaf jugak, tapi kau ingat senang aku nak lupakan? bayangkan, hati ni, dah penat menyanyi lagu Rossa yang bertajuk Hati Yang Kau Sakiti. air mata ni sampai dah tak terkeluar bila dah terkena serpihan kaca. bila nak keluarkan, kenalah jumpa doktor. macam macam doktor aku cari, tak berkesan. aku siap cari pakar, tapi pakar bagi antibiotik je, bedebah. sampai bila aku nak makan? kan? so aku nak berubat cara kampung lah pulak. :D

Saturday, October 16, 2010

mummy jahat :D



 D700

D3000
 tataplah mereka, bakal buah hati aku :D

balik tusyen, naik kereta. mummy aku yang hawt ambil aku diikuti bersama kakaknya yang comel. =.=
traffic light menunjukkan lampu berwarna merah. ohh berhenti di sebelah De' Garden. betulbetul depan kedai. Sigh. Tiba tiba mummy ayat

''kakak, tgk tgk cina tu, dye beli camera dslr yang kamu minat sangat tu''
*padahal plastik je, dalamnya tah apebenda tah kan?

"haa, dah tu?", aku jawab

"kamu 9A spm, mmy beli"
*amboi. 9A dia target, tingginya harapan :(

"kakak dah cakap kakak tak target straight kan? 6A oke?"

mmy jawab, "6A? 6A kamu beli sendiri"

woah, hancur berkecai, hati aku bagai dihiris macam bawang yang akan ditumis. mmy, please, 6A oke? 
wahai NIKON D3000/ D700, bila nak jadi milik aku ?



Thursday, October 14, 2010

memalukan

sabtu lepas, aku teman bonda aku hantar adik aku yang comel dan gebu ke tusyen. seperti biasa, jari jemari aku bergerak laju di handphone pakai buang aku. handphone murah la katakan. mmy aku pun pokpekpokpek kata nak campak handphone aku ke dalam tong sampah. ate, dah belajo malas, handphone je aku pegang, mana tak bengang mmy aku tu kan? aku seperti biasa, memekakkan telinga seperti tiada apa yang berlaku.

kereta menyusur laju. pap, tutup pintu kereta, pergi breakfast. then pukul 12, ambil adik, pegi urus hal mmy pulak.okay, ikot jela kan sbb bukan aku drive. lepas tu, lalu belakang parade. banyak baju petak dan baju hitam bercetak. okay, aku lihat jam, tengah hari dah ni. oh hari sabtu, no wonder, today kan hari remaja "wangi" melepak di Ipoh Parade? grr. aku bukan jealous diorang enjoy keluar, cuma aku sakit mata. sakit bila terpandang Taman Bouganvilla di sebelah hotel Syuen tu. Eyemore diperlukan.

bukan sakit kerana apa, cuma sakit melihat gadis melayu bertudung membiarkan pehanya di gosok-gosok dengan tangan besar di taman awam. itu sudah menjatuhkan maruah orang Islam. tidak malukah dia? ohh tak, aku mmg bukan orang baik, tapi aku masih punya akal. setakat berpegangan tangan di pusat membeli belah, mmg haram, tapi masih boleh diterima. tetapi ini, berduaduaan. hanya si jantan itu bersama perempuan bertudung di taman itu. Masya-ALLAH.

sekarang, perempuan itu membiarkan pehanya digosok gosok? esok? apa jadi? mungkin dibiarkan lelaki bernafsu syaitan itu meramas-ramas mahkotanya dan kemudian dibawa ke dalam bilik untuk dijadikan rezekinya? apabila dah puas membuang air mani, wanita itu ditinggalkan terkontang-kanting, tergapai-gapai mencari pelampung. oh mereka kejam.

kemudian, akhbar-akhbar tempatan seperti Neracha, Utusan Melayu dan Pengasuh pun menyiarkan bilangan bayi yang dibuang dalam tempoh setahun. adakah si ibu ibu bayi-bayi comel yang dibuang itu tidak punya perasaan? dah berani buat benda terkutuk, tanggungjawab tidak mahu dipikul? tahu malu dengan masyarakat, tapi tak tahu malu dgn perbuatan terkutuk mereka? Astagfirullahalazim.

sebagai kesimpulan, jauhilah maksiat, kerana ia tidak mendatangkan apa-apa kebaikan malah mendorong kepada kemungkaran.

Tuesday, October 12, 2010

egois

 

romeo dan juliet
sering berlari berkejaran
bergelak ketawa besama
bahagia menjalani kehidupan berdua

romeo dan juliet
berkasih bermesra 
 tidak hirau sekeliling mereka
bagaikan dunia ini mereka yang punya

romeo dan juliet
bergebang seperti biasa
di bawah pohon asmara
namun tiba-tiba juliet masam mencuka

romeo dan juliet
tidak bersapa beberapa ketika
romeo memohon maaf
menarik kata-katanya semula

romeo dan juliet
masih di bawah pohon asmara
juliet menafikan kononnya
kata-kata romeo tidak mengguris sedikit pun perasaannya

romeo dan juliet
belum temu jalan penyelesaian
romeo buntu dan juliet ego
ego menyatakan perasaan sebenarnya

namun sampai bila agaknya juliet mampu bertahan?






Monday, October 11, 2010

lucah. jangan baca!


cinta muda mudi 

kamar yang gelap ditemani bunyi kipas dan nur komputer riba. masa yang sepatutnya diisi dengan solat nawafil diganti dengan melayan facebook, myspace dan friendster dari awal permulaan dua per tiga malam.
si gadis tersenyum simpul. 'many friend requests'! maka si gadis sunti pun mula meng-approve, satu per satu.

kemudian, bermulanya dengan perkataan "hello, thanks for approve", persahabatan pun terjalin.
sebulan ke dua bulan bersahabat, dua bulan ke tiga bulan masih bersahabat, akhirnya status si gadis sunti dan si teruna bertukar menjadi 'in a relationship'.

sejak itu, i love you dan i miss you sering diungkapkan. amat mudah, hanya perlu diungkapkan melalui khidmat pesanan ringkas ataupun call menggunakan super savers. dan sekelip mata si gadis mula cair. cair dengan jejaka yang belum pernah ditemuinya dan akhirnya si jejaka bersuara, "baby let's meet". si gadis pun terkinja-kinja bersetuju kerana mahu menemui buah hatinya.

pertama kali bertemu, hati mula terpaut. bak pepatah mat salleh, 'love at the first sight'. cehh. pada mulanya mereka yang kononnya dikatakan merpati dua sejoli tersipul malu. namun, setengah jam kemudian, mereka pun mula lah berpegangan tangan. jari jemari digenggam erat antara si kaum adam dan hawa. tidak berapa lama kemudian, tangan si teruna mula menular ke pinggul si gadis hingga pinggang berukuran 28 inci dipeluk erat. date kali pertama diakhiri dgn kucupan di pipi.

selepas pertemuan pertama, pertemuan seterusnya ditetapkan. hubungan semakin intim. mereka bagaikan belangkas. di mana ada si perempuan itu, di situ ada lelaki. pertemuan ketiga keempat dan kelima berterusan, sangat indah bagi mereka. bahagia. sehinggalah pertemuan yang entah kesekian berapa kalinya, mereka bertemu. tetapi kini, tidak lagi bertemu berpeleseran di pusat membeli-belah. mereka kini sudah 'up', bertemu di hotel. hotel bajet murah.

seperti yang dirancang, mereka menyewa bilik. berdua-duaan, di dalam bilik kecil. ditemani lampu oren. bagi mereka, ohh romantisnya. mereka tidak diganggu masyarakat lain. kononnya tiada siapa yang tahu selain mereka berdua. ceh lagi tiada siapa yang tahu? betapa bodohnya mereka. yang mengganggu mereka kini hanyalah makhluk yang merah menyala, berapi dan bertanduk dua manakala yang Maha Esa hanya memerhati melihat perbuatan makhluk ciptaanNya itu.

si teruna memandang si gadis, si gadis menutup muka. malu. ceh! teruna gersang lalu mendekatkan diri. pinggang gadis dipeluk erat, kemudian lidah gadis bertindik yang menjadi trend zaman sekarang bertemu dgn lidah teruna. sebagai langkah pencegahan, kondom disarungkan manakala IUD digunakan oleh si gadis. dan kemudian bermulalah babak babak dan adegan 18xx. saat itu, hilanglah mahkota paling berharga si gadis sunti itu. macam-macam style ada. mana mereka belajar? padahal usia belum mencecah 18 pun. Masya-ALLAH. mungkin juga mereka terpengaruh dari subjek biologi di sekolah, dan ingin melakukan eksperimen sendiri.

setelah berjam-jam berasmara dana, mereka masing masing tersenyum puas. perhubungan hari seterusnya berlaku seperti biasa.cewah, act like nothing happen lah diorg. rupanya tanpa mereka sedari, ketika eksperimen berlaku, sperma si lelaki telah berjaya terkeluar dari ajen penghalangnya dan terus berenang mencari pasangannya, si ovum. 

pasangan masih bahagia. namun, dua tiga bulan selepas itu, si gadis tidak sedap badan. maka gadis itu
bertemu dgn bidan kampung, positif mengandung, sah! saat tu, si gadis mula cuak. berdering handphone si jantan miang itu. bertemu pasangan itu di taman bunga. si gadis menceritakan kekangan yang mereka hadapi. si lelaki menafikan, katanya, "itu bukan benih aku" lalu berlalu pergi. hah, tersentak si gadis. baru nak menangis meraung? masa buat tak ingat kesan? haish. itulah yang sering dihadapi para remaja yang sempit otaknya. orang tua-tua kata, ingat sebelum kena and jangan dah terhantuk baru nak terngadah.

sebagai intiha, aku di sini menyeru kepada rakan-rakan sekalian, bercinta biarlah berpada-pada. jangan sampai kau gadai maruah sendiri demi kebahagiaan jantan tak berguna. bukan nak tunjuk lagak yang aku ni baik, ye aku pun jahat, tapi aku bijak, aku takkan biarkan maruah aku hilang sekelip mata. aku bukan apa, aku kasihan melihat gadis-gadis yang terjatuh ke lubang hitam atas kelalaian mereka sendiri. maka renung-renungkanlah dan cuba mengelak.

p/s : cerita ini tiada kena mengena dgn yang hidup ataupun yang sudah meninggal dunia. jika ter-ada kene mengena, ianya hanyalah kebetulan. :D




Saturday, October 9, 2010

soal hati

aku berjalan,melangkah ke kotak hati. aku memerhati sekeliling, dua tiga kuntum bunga sedang mekar. aku senyum, suasana mula menjadi indah. aku teruskan perjalanan, memerhati, oh rupanya masih ada yang layu. aku mengamati keadaan sekeliling yang dulunya terlampau indah, namun kini agak berbeeza. suram. aku sendirian, termenung di satu sudut. sudut cinta.

mengelamun aku di situ. tiba-tiba, aku disapa satu suara,

"tanya diri kamu, adakah kamu benar-benar mencintainya?" 

puas aku cari arah suara itu. namun tidak jumpa. aku mula menjerit

"kenapa soalan itu yang kamu tanya?!" 

aku diketawakan. marah. aku marah. aku pun pantas menjawab,

"kenapa kau ketawakan aku?" 
suara itu ketawa lagi lalu berkata,

"kamu fikir, fikirlah perasaan kamu, tanya hati kamu benarkah kamu mencintainya?"

aku pintas lalu berkata, 

"aku suka, suka pada dirinya, aku sayang pada dirinya, aku tak mahu kehilangannya, tapi.." 

aku diam. suara yang tadi ketawakan aku turut membisu. saat itu, aku mula berfikir, benarkah aku benar-benar mencintai dirinya? atau aku masih belum pasti? adakah aku hanya menyayanginya tanpa perasaan cinta? aku sendiri tidak tahu, mencari. masih mencari kehendak hati. kini aku menangis.

Friday, October 8, 2010

sesi suai kenal



Laman "Bila Aku Berimaginasi" ini merupakan blog kepunyaan Maslaily Marzuki. Beliau sebelum ini mempunyai laman gebangnya sendiri iaitu "Dan Bila Aku Bergebang". Namun, atas kesilapan teknikal, beliau terpaksa menubuhkan blog ini untuk mengekspres segala yang terbuku di kalbu hatinya tanpa merahsiakan sedikit pun. Ayuh kita korek sikit latar belakangnya.

Beliau dilahirkan di Hospital Fatimah, Ipoh pada 28 April 1993. Anak sulung. Angkuh dan sombong, itu pandangan pertama orang yang tidak pernah mengenalinya. Hakikatnya, tidak! Beliau seorang yang ceria dan riang ria seperti kanak-kanak ribena. Ketinggiannya tidak seperti model cantik di luar sana, cukuplah setakat 140cm-145cm, pendek bukan? Yeah, apa aku kesah? Untuk pengetahuan umum, beliau juga bukanlah kaki mabuk seperti yang digambarkan di atas malah beliau tak pernah menyentuh air haram itu. Wujudnya gambar di atas adalah kerana kreativiti beliau dan ianya hiasan semata-mata. Cukuplah setakat ini, tak payah tahu lebih-lebih.