AL-FATIHAH
semoga rohnya dicucuri rahmat
Mohd Hafizuddin, berumur dalam lingkungan 6-9 tahun. sangat petah bercakap dan menghidap penyakit luekimia. masih aku ingat, ketika aku berumur 15 tahun, cuti sekolah, aku ke hospital Pulau Pinang bertujuan untuk membantu mmy menjaga adik aku. ketika menjejakkan kaki ke bilik rawatan adik aku, aku terpandang arwah.
pada mulanya, aku cukup rimas dengan arwah, nakal sungguh. aktif. namun, setelah mengenalinya, aku sedar, insan yang menghidapi penyakit serius sepertinya tidak mampu bertahan dengan lama, nyawa mereka bagaikan telur di hujung tanduk. mereka sangat perlukan perhatian yang lebih. sejak aku mengenali arwah dan rakan-rakannya yang lain, aku lebih mengerti perasaan mereka.
arwah datangnya dari keluarga yang kurang berkemampuan. ibu bapanya tidak mampu menjaganya kemudian arwah diserahkan kepada mak longnya. aku sedih. arwah yang sangat ceria tidak pernah dijaga ibu bapanya. arwah tidak dapat merasakan kasih sayang sebenar dari ibu bapa kandungnya. syukur ada mak long dan pak longnya.
dalam masa seminggu, aku mula rapat dengan arwah. arwah sentiasa bersama gelak tawanya. telatahnya sungguh menggelikan hati. walaupun masih kecil, arwah pandai mengambil hati orang disekelilingnya. aku ingat lagi, masa tu, ddy aku dtg ke hospital untuk jaga adik aku bersama-sama. arwah mula tak senang hati. kemudian pelbagai soalan diajukan kepada mmy aku berulang-ulang kali.
"Aunt Ros, sapa laki tu?"
mmy aku pun menjawab,
"ni pakwe kak mas la"
hafizuddin pantas menjawab,
"betui ka kak mas? hafizuddin cemburu ni"
si kecil itu percaya sebulat suara. masih kecil, namun sudah ada perasaan seperti orang dewasa. sungguh menyentuh hati. aku rindu kanak-kanak ini. namun dia telah pergi buat selamanya. aku ingat lagi kata-kata arwah sebelum arwah pulang ke rumahnya,
"kakak, nanti hampa jangan lupa hafizuddin naa, hafizuddin sayang kakak"
air mata aku mula mengalir. semoga rohnya berada dalam keadaan sejahtera.



al-fatihah. semoga dicucuri rahmat rohnya..
ReplyDelete