Laman "Bila Aku Berimaginasi" ini merupakan blog kepunyaan Maslaily Marzuki. Beliau sebelum ini mempunyai laman gebangnya sendiri iaitu "Dan Bila Aku Bergebang". Namun, atas kesilapan teknikal, beliau terpaksa menubuhkan blog ini untuk mengekspres segala yang terbuku di kalbu hatinya tanpa merahsiakan sedikit pun. Ayuh kita korek sikit latar belakangnya.
Beliau dilahirkan di Hospital Fatimah, Ipoh pada 28 April 1993. Anak sulung. Angkuh dan sombong, itu pandangan pertama orang yang tidak pernah mengenalinya. Hakikatnya, tidak! Beliau seorang yang ceria dan riang ria seperti kanak-kanak ribena. Ketinggiannya tidak seperti model cantik di luar sana, cukuplah setakat 140cm-145cm, pendek bukan? Yeah, apa aku kesah? Untuk pengetahuan umum, beliau juga bukanlah kaki mabuk seperti yang digambarkan di atas malah beliau tak pernah menyentuh air haram itu. Wujudnya gambar di atas adalah kerana kreativiti beliau dan ianya hiasan semata-mata. Cukuplah setakat ini, tak payah tahu lebih-lebih.



hospital fatimah , same dengan aku . tapi aku 5th mei , beberapa hari kemudian aku check in . hahahah :D
ReplyDeletekau check in, aku dah check out :D
ReplyDelete